Hari Raya di sambut berbeza di Indonesia
Oleh Arman Amin
AKIBAT berbeza pandangan, umat Islam di Indonesia, menyambut Hari Raya Adidilfitri pada hari yang berbeza mengikut perkiraan sendiri.
Walaupun tahun ini, Nahdatul Ulama dan Muhammadiyah sudah bersepakat untuk menyambut hari kemenangan untuk umat Islam selepas sebulan berpuasa pada 1 Oktober lalu, sedangkan sebelum ini mereka juga pernah berbeza pendapat mengenai tarikh hari kebesaran tersebut.
Namun apa yang mengejut, wujud beberapa kelompok aliran agama yang menyambutnya lebih awal atau lewat berbanding penetapan yang dibuat oleh kerajaan dan kedua-dua badan terbesar yang mewakili umat Islam di Indonesia.
Kelompok tersebut ialah Jamaah Al Muhdhor di Desa Wates, Kecamatan Sumbergempol, Kabupaten Tulungagung, Jawa Timur, yang sudah berhari raya pada 28 September, kerana mereka sudah berpuasa lebih awal tiga hari.
Anggota jamaah Al Muhdhor yang cuma mempunyai 100 orang yang telah diasaskan oleh Habib Sayid Salim Al Muhdhor atau dikenali dengan nama jamaah Al Muhdhor, melakukan solat sunat Aidilfitri di Masjid Nur Muhammad, Desa Wates.
Pengikut Al Muhdhor memberi alasan mereka mendapat petunjuk dari ahli Falaq yang mereka ikuti iaitu Kiai Hasyim.
Bagaimanapun Kiai Hasyim sukar ditemui oleh pihak media untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya kerana dia menjalankan kegiatan dakwah di seluruh negara.
Dipercayai Al Muhdhor mempunyai pengikut di Lampung Tengah, Kalimantan, Sulawesi, Nusa Tengara Barat (NTB), dan Nusa Tengara Timur (NTT).
Sementara itu jemaah Annazir dan Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) pula menetapkan satu Syawal pada hari Selasa, 30 September 2008.
Menurut Ketua Dewan Pimpinan Daerah (DPD) I HTI Sulsel, Shabran, mengatakan bahawa kaedah yang digunakan ialah menerusi hisab (perhitungan matematik astronomi) dan rukyah (pandangan mata).
Menerusi hisab yang mereka lakukan, posisi bulan ketika ini sudah hampir dengan posisi 0 darjah pada paksi bumi dan matahari. Pihaknya mengira, posisi 0 darjah akan jatuh pada hari Isnin tepat pada pukul 3 waktu Indonesia barat.
"Fenomena hilal Syawal pada tahun 2008 ini sama dengan tahun 2007 lalu secara resminya, Hizbut Tahrir akan umumkan pada hari Senin, pukul 16.00 wita atau pukul sebelas malam waktu Madinah, melalui radio internasional Hizbut Tahrir," katanya.
Melalui kaedah rukyah pula, mereka telah melantik anggota Hizbut Tahrir di seluruh dunia untuk mengamati anak bulan berdasarkan rukyah.
Ujar Shabran lagi, untuk pertama kali melihat anak bulan dengan mata kosong adalah masyarakat di wilayah timur tengah Karana posisi wilayah mereka yang paling mudah untuk melihat anak bulan.
Dalam pada itu, puluhan masyarakat Islam yang menjadi pengikut ajaran Tarekat Naqsyabandiyah di Kota Padang, mula bertakbir pada malam 28 September.
Ketika umat Islam yang lain masih lagi menjalankan solat sunat terawih aliran tarekat Naqsyabandiyah mula bertakbir kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri di Surau Baitul Makmur dan Surau Baru, Kelurahan Binuang, Kecamatan Pauh, Kota Padang.
Menurut ajaran kaum ini 1 Syawal jatuh pada hari Isnin, 2 petang waktu Indonesia Barat.
Terdapat kira-kira 13 orang lelaki dan 31 wanita yang Sebahagian besar jemaah surau itu adalah kaum muslimin yang sudah lanjut usia dan mereka hanya bertakbir di dalam surau sahaja dan tidak melakukan di luar kampung seperti kelaziman di Indonesia yang bertakbir mengelilingi kawasan tempat tinggal mereka.
Menurut pimpinan muslim pengikut ajaran Tarekat Naqsyabandiyah, Syafril Malin Mudo mengatakan, kaum tersebut menentukan 1 Syawal berdasarkan bilangan malam dengan berpuasa selama 30 hari.
Dengan perhitungan bilangan malam itu, maka jemaah Tarekat Naqsyabandiyah di Kota Padang menyambut Adidilfitri dua hari lebih awal walaupun mereka berpuasa pada tarikh yang sama dengan umat Islam yang lain.
Lain pula bagi ratusan warga Dusun Larangan, Desa Gellaman, Kecamatan Arjasa, Kepulauan Kangean, Kabupaten Sumenep, Madura, Jawa Timur, yang menjadi pengikut Jemaah Kitab Semar Kandhi.
Mereka menyambut Hari Raya pada hari Jumaat, 3 September lalu berdasarkan perkiraan yang sudah ditetapkan dengan menggunakan kitab Sekar Kandhi.
Menurut Ketua Kampung Desa Gellaman, Abd. Karim, ratusan penduduk kampung yang sudah puluhan tahun bersandarkan pada kitab tersebut menetapkan awal puasa Ramadan dan 1 Syawal pada hari tersebut.
"Jemaah yang berpatokan pada kitab tersebut hanya warga Dusun Larangan, Desa Gellaman, jumlahnya sekitar 200-an keluarga atau 500-an jiwa," katanya.
Karim menjelaskan, masyarkat kampung yang lain menghormati keyakinan dari jemaah yang berpedoman pada kitab tersebut.
"Alhamdulillah, warga kami cukup bijaksana melihat perbedaan ini. Sejak dulu, kami tetap hidup berdampingan tanpa ada masalah," ujarnya.
Diharap kejadian seperti ini tidak berlaku di Malaysia, kewujudan pelbagai aliran dan fahaman agama menyebakan berlaku perpecahan dan kekeliruan di Indonesia.
Kerajaan menerusi jabatan agama seperti Majlis Agama Islam, Majlis Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis agama negeri harus berusaha untuk memastikan ajaran sesat yang bertentangan dengan Islam dibanteras.
Comments