Cinta Tiga Segi ciptaan banduan ?

Review oleh Justkhai

Nota : Lagu ini boleh di muat turun dengan mencari tajuk cinta tiga segi atau harapan terakhir, permintaan terakhir atau perangkap cinta.

Arwah Hazwan ni bercinta dengan seorang gadis. Sedang asyik mereka bercinta, Ex-boyfriend gadis tersebut telah merayu untuk kembali kepada gadis tu. Si gadis ni jadi serba-salah and of coz, dah tentu dia masih ada rasa sayang pada ex-boyfriend dia tu. So si gadis ni buat keputusan untuk memilih lelaki tersebut dan meninggalkan Hazwan. Dek kerana rasa frust (ini dinamakan cinta sejati), Hazwan sanggup membunuh lelaki tersebut dan satu lagi fakta yang Khai jumpa, dia turut membunuh ex-girlfriend dia tu. How sad. Sanggup membunuh kerana cinta. How damn’nya menjadi seorang gadis yang buta menilai cinta seorang lelaki seperti Hazwan. Ya, Cinta sejati seorang lelaki. Lelaki yang sebenar. Hazwan telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Semasa di penjara, sehari sebelum dia digantung, pegawai penjara bertanya ape permintaan terakhir sebelum mati. Hazwan hanya mahukan sebuah gitar dan pita rakaman untuk merakamkan lagu perangkap cinta ini dan dia suruh pegawai penjara tu untuk sebarkan lagu ni especially kepada ex-girlfriend dia (kalau x mati dibunuh). Ada lagi fakta yang kata kawan-kawan si arwah yang datang ke penjara untuk merakamkan lagu ni. Allahualam. Apa pun, semoga arwah Hazwan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Jikalau’lah gadis itu masih hidup (jika fakta tu salah), Khai nak dia tahu yang dialah insan paling zalim dalam dunia ni. Tolonglah, hargailah cinta seorang lelaki.

Pemancing : Pertama kali dengar memang lagu ini menyayat hati dan apabila membaca mengenai kisah di sebalik lagu ini adakah sebuah kisah penuh tragedi.

Namun demikian, dakwaan ia telah dibuat oleh seorang banduan seperti yang dinyatakan dalam kisah tersebut amat meragukan.

Layan saja lah...lagu sedap.


Comments

fungi freak said…
baru2 nie ada video sekumpulan lelaki membunuh dgn kejam seorang wanita dgn mengakhiri riwayat wanita tersebut dgn seketul batu lalu di hentakkan ke atas kepala beliau...... adakah wanita tersebut adalah kekasih arwah hazwan???? minta pendapat???
Secara jujur, saya tidak berani memberi sebarang komen, malah saya sendiri ragu dengan kisah sebenar di sebalik lagu tersebut.

Pada saya agak mustahil bagi seseorang yang bakal di hukum gantung akan menyanyikan lagu sedemikian.

Sekian

Popular Posts