Hujan Emas, Hujan Batu

Semalam aku bertemu dengan seorang rakan lama yang kini menetap di Australia. Pelbagai cerita-cerita menarik yang aku dengar daripada dia, antaranya ialah dia kini memiliki dua buah kereta yang dibeli setelah berkerja selama dua minggu.

Apa yang mengejutkan pada aku (tetapi tidak berapa mengejutkan sebenarnya) ialah harga kereta tersebut cuma RM600 sebuah. Murahkan ?.

Kereta tersebut memboleh dia berjalan-jalan bersama keluarga dengan harga minyak yang sentiasa turun naik (tetapi tidak pernah mencecah RM2.70 seliter).

Perkara kedua ialah air di nikmati secara percuma oleh penduduk di seluruh negara tersebut. wah ini sudah baik !

Perkara ketiga ialah jika anda seorang pekerja profesional atau mahir, seperti mekanik, doktor gigi atau wartawan, anda boleh membuat tuntutan kepada kerajaan, barangan yang anda beli untuk tujuan pekerjaan anda. Hebat !

Perkara keempat pula, golongan pekerja boleh mengadakan mogok sekiranya tidak berpuas hati dengan majikan, tetapi notis diberikan terlebih dahulu kepada pelanggan-pelanggan mereka. Antara pekerja yang pernah bermogok ialah guru dan kakitangan perubatan.

Perkara kelima ialah, wakil rakyat sentiasa di kritik oleh rakyat.

Perkara keenam, 80 peratus daripada media bebas mengkritik kerajaan.

Namun yang paling menyeronokkan ialah gaji mereka lebih besar tiga kali ganda di Malaysia.

Apa yang aku dengar kerajaan betul-betul mengambil kira kebajikan rakyatnya, bila agaknya kita akan merasai suasana seperti itu ?

Comments

Popular Posts