Segera pulih negara

Oleh KALAM NURANI

Tindakan PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyerahkan jawatan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan 2010 mungkin satu langkah yang baik.

Ini kerana ada dua perkara yang penting di sini iaitu, kehendak akar umbi yang merupakan ahli Umno yang inginkan perubahan di dalam parti tersebut.

Namun dua tahun adalah satu masa yang terlalu lama, sepanjang jalan pelbagai perakra boleh berlaku terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, pembangkang tidak akan berhenti daripada 'menganyang' beliau terhadap isu pembudahan kejam Altantuya.

Malah ada dikalangan rakyat yakin pembunuhan tersebut ada kaitan dengan Najib.

Walau apa pun Kalam sudah bosan dengan senario politik di negara ini. Kalam harap pimpinan negara segera menyelesaikan semua isu-isu dan memastikan negara kembali 'aman' terutama dalam memperkasakan ekonomi.

Untuk memastikan isu tidak lagi timbul hentikan semua tindakan 'serang-menyerang' dan halakan pemikiran rakyat untuk bersama membangunkan negara seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.

Sekian.

Comments

Popular Posts