IKHLASKAH UMNO DALAM BERMUZAKARAH DENGAN PAS.

Dipetik daripada Blogger http://angahsp.blogspot.com/

Mungkin tajuk yang saya pilih kali ini hampir sama dengan satu artikel dari blog pro umno iaitu selangordaily. Tapi dalam blog pro umno itu menpersoalkan keikhlasan PAS, tapi saya menpersoalkan keikhlasan UMNO.

Sebenarnya saya begitu gusar sekali apabila sejak lebih sebulan lalu ura-ura tentang kemungkinan PAS akan menyertai UMNO. Betulkah khabar angin ini atau salah satu usaha terdesak UMNO untuk menyelamatkan kedudukan mereka yang semakin pupus dimuka bumi MALAYSIA ini. Atau pun hanya untuk memecah-belahkan perpaduan PAKATAN RAKYAT yang dilihat semakin kuat.

Tapi apabila Perdana Menteri 'menbocorkan' rahsia pada 20 julai di akhbar-akhbar menyatakan UMNO dan PAS telah 3 kali berjumpa. Amat mengejutkan. Benarkah dakwaan Perdana Menteri atau satu bohongan. Disaat PAKATAN RAKYAT diuji dengan tuduhan fitnah LIWAT terhadap DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, Perdana Menteri mengejutkan dengan dakwaan beliau sudah 3 kali berjumpa dengan wakil PAS.

Sehari selepas Perdana Menteri mendakwa berjumpa dengan wakil PAS, ahli parlimen shah alam mengiyakan berita tersebut. Tetapi Khalid Samad menafikan berjumpa Perdana Menteri sebanyak 3 kali.Khalid Samad berkata beliau dan 2 lagi peminpin PAS hanya berjumpa Perdana Menteri 2 kali.Mana satu yang nak percaya nie. Berapa kali sebenarnya Perdana Menteri berjumpa wakil PAS ini? Memang sudah kebiasaan Perdana Menteri kita berbohong. Saya melihat keikhlasan Perdana Menteri DIRAGUI.

Pelik, mengapa sekarang UMNO beriya-iya sanggat hendak bermuzakarah dengan PAS? Mengapa sebelum PRU-12 UMNO mengajak PAS bermuzakarah tentang perpaduan melayu dan umat ISLAM. Mengapa baru sekarang UMNO beriya-iya begitu mementing kepentingan melayu dan umat ISLAM?

Jika sebelum ini ahli2 UMNO sering mengatakan PAS adalah Parti Ajaran Sesat. Sekarang mengapa pula peminpin UMNO beriya-iya sanggat ingin kan muzakarah ini dilaksanakan.?Bagi saya keikhlasan UMNO perlu dikaji. Adakah benar UMNO benar2 mementingkan kepentingan melayu dan umat ISLAM? Bagi saya UMNO hanya berpura-pura. Saya akan menberikan beberapa alasan untuk mengukuhkan dakwaan saya yang UMNO hanya berpura-pura menjaga kepentingan melayu dan umat ISLAM.

1.Mengapa selepas UMNO kalah 5 negeri di PRU12 Mac yang lalu baru kepentingan melayu dan umat ISLAM di bangkitkan UMNO.Jika sebelum ini kepentingan melayu dan umat ISLAM dipandang sebelah mata saja oleh UMNO.

2.Mengapa dulu UMNO sering menhina dan menkeji ahli-ahli PAS dengan pelbagai2 tuduhan seperti PAS Parti Ajaran Sesat dan pelbagai-2 lagi.?

3.Merasuah peminpin PAS dengan beberapa jawatan. Mungkin UMNO berangapan sikap peminpin PAS seperti sikap peminpin UMNO?

4.Jika benar kepentingan melayu dan umat ISLAM diutamakan,mengapa sebelum PRU12 mereka bermuzakarah?

5. Sikap tidak jujur Perdana Menteri menbocorkan perjumpaan antara peminpin PAS dan UMNO di lihat untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Cukup lah 5 alasan saya menolak muzakarah ini. Bukan saya tidak inginkan kepentingan Melayu dan umat ISLAM diutamakan. Tetapi pandangan saya kepentingan melayu dan umat ISLAM lebih terjaga di bawah Pakatan Rakyat dan PAS umumnya. UMNO telah gagal menpertahankan orang melayu dan umat ISLAM. Berapa ramai orang ISLAM yang murtad dibawah pemerintahan UMNO. Seeloknya peminpin PAS yang pro muzakarah melihat kembali apa yang telah UMNO lakukan kepada PAS pada tahun 1977. Renungkan kembali sejarah Memali. Ingatkan kembali apa yang mereka lakukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan tidak mustahil juga mereka akan mengulanggi sejarah kembali setelah mereka mendapat kekuatan.

-angahsp- saya pelik sebenarnya. mengapa baru sekarang mereka ingin bermuzakarah. mengapa tidak sebelum pru12. mengapa tidak setahun lepas. mengapa tidak 10 tahun lepas. alasan saya mudah. mereka hanya ingin menguatkan kembali parti mereka dengan memecah-belahkan perpaduan yang semakin kuat di Pakatan Rakyat.

Comments

Popular Posts