Sanusi dakwa didesak letak jawatan

SUMBER : MALAYSIAKINI

Sanusi dakwa didesak letak jawatan
Muda Mohd Noor | Jun 5, 08 6:39pm

Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) walaupun terdapat desakan supaya beliau berbuat demikian, selepas keluar dari Umno.

sanusi junidBeliau berkata, tempoh tamat jawatan yang disandangnya ialah pada tahun 2010. Sanusi dilantik memegang jawatan tersebut pada tahun 2000.

"Saya tidak akan berhenti dengan sendiri daripada jawatan Presiden UIA kerana saya menganggap tugas saya sebagai ibadat," katanya dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.

"Saya juga berhubungan sangat baik dengan Ketua Perlembagaan UIA. Saya tidak percaya ke bawah DYMM Ketua Perlembagaan (Sultan Pahang) akan memecat saya kecuali dengan nasihat 'Host Member' kepada UIA, iaitu Perdana Menteri Malaysia," tambahnya.

Sanusi menjelaskan hubungan beliau dengan Sultan Pahang sangat baik.

Comments

Anonymous said…
Salam,

Erm..letak ja laa tenghuih. Dok jadi Presiden macam xdak sumbangan jaa kepada UIA. Baik elaun yang dok dapat tiap2 bulan, bagi kat budak UIA yang kurang mampu. Dapat jugak tolong depa dan pahala insyaAllah

Popular Posts