Awat hang pening ?

Semalam aku pi mengurut dengan seorang pakcik yang kebetulan merupakan jiran aku, sebelum mengurut tu sempat dok bersembang dengan isteri dia yang memberitahu sekarang orang jaga budak sudah naik sampai RM300.

Terkejut aku dengaq cerita dia, aku hantaq anak aku pun dekat RM250 sebulan merasa cukup semput untuk membayaq saban bulan. Baru sorang (anak satu) kalau dua, tiga dan seterusnya macam mana ?

Pening kepala orang yang duduk di bandar, dengan sara hidup yang cukup tinggi ketika ini menyebabkan ramai yang berfikir mengenai cara untuk menambah pendapatan keluarga.

Kepada anda yang mengalami masalah seperti ini ingin saya sarankan supaya anda mencari kelebihan yang anda ada.

Sebagai contoh seorang rakan yang juga pandai membaiki kereta menjalankan dua kerja dalam satu hari dan beliau mampu untuk terus hidup didalam kota yang penuh dengan cabaran ini.

Mungkin anda seorang yang pandai bercakap, jika itu kelebihan anda maka gunakan ia dengan mengiatkan diri didalam bidang MLM atau Insurans. Mungkin harapan anda cerah dalam bidang tersebut.

Akhir kalam fikirkan masa depan mulai sekarang, hidup kita mungkin tidak sebaik dulu lagi. Kawan ada mendengar khabar angin yang mengatakan selepas Sukan Olimpik di China, dunia akan mengalami kemelesetan.

Maklumat ini berdasarkan beberapa laporan ekonomi (Maaf sudah lupa link) mungkin boleh anda google sahaja mengenai ekonomi + Olimpik

Sekian

Comments

Popular Posts