Malaysia 'bergegar'

OLEH KALAM NURANI

Ketika sedang menonton televisyen Kalam dapat merasakan sendiri bangunan bergegar dalam tempoh 3 saat dan Kalam yakin ia adalah disebabkan gempa bumi yang mungkin berlaku di mana-mana (sehingga artikel ini di tulis Kalam tidak tahu apa yang sebenarnya yang telah berlaku dan cuma mendapat maklumat daripada beberapa laman web).

Kemudian Kalam buka komputer dan internet untuk melihat sama ada terdapat sebarang perkembangan terkini mengenai hasrat bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir yang mengisytiharkan keluar daripada UMNO.

Gegaran yang Kalam rasakan sebentar tadi mempunyai kaitan dengan apa yang telah dilakukan bekas perdana menteri itu. Kedua-duanya menyebabkan negara ini 'bergegar'.

Sudah pasti esok akan menjadi dua topik hangat yang akan dibincangkan di kedai-kedai mamak yang tumbuh bagai cendawan di negara ini.

Kalam merasakan, kesan 8 Mac masih belum berakhir atau menunjukkan tanda-tanda untuk kebah (istilah yang digunakan selepas baik daripada demam) tetapi semakin 'panas' selagi pucuk pimpinan tertinggi UMNO tidak melakukan sesuatu ekoran prestasi buruk parti tersebut dalam PRU ke 12.

Natijahnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan berhenti menganyang serta memastikan seseorang menanggung akibat daripada 'kekalahan' tersebut.

Yang Kalam pasti ramai dikalangan ahli-ahli UMNO masih mempunyai ikatan yang cukup kuat dengannya dan tidak mustahil ajakan beliau supaya ahli UMNO membubarkan cawangan dan keluar parti akan berlaku.

Demi agama dan bangsa, jika ada kepentingan kemungkinan hasrat tersebut disambut dingin. Namun dalam keadaan begini, sifat orang Melayu yang begitu sayangkan bangsa dan agama akan mula muncul daripada sanubari masing-masing.

Renungkanlah....

Comments

Popular Posts