Hikmah ...
Sudah suratan takdir aku tidak dapat ambil RAE yang pertama untuk tahun ini. Semuanya sudah ditentukan olehNYA.
Percubaan beberapa hari sebelum tarikh tutup RAE mengalami kegagalan dek kerana beberapa sebab yang sukar aku rungkai di sini.
Aku cuba untuk hantar pada hari terakhir RAE namun apakan daya di pertengahan jalan menuju ke MCMC Putrajaya. percubaan aku sekali lagi gagal kerana kereta mengalami kerosakan hingga aku terpaksa mengeluarkan beberapa ratus ringgit demi untuk membaiki kereta, dengan hanya berbekalkan RM50 dalam poket, aku ambil keputusan untuk balik ke rumah sahaja !
Antara RAE dan susu anak, aku terpaksa membuat pemilihan... semuanya ada hikmahnya !
Aku tekadkan dalam hati, aku bulatkan azam, aku yakin kan diri bahawa mungkin RAE kedua adalah rezeki ku.
Aku bersedia untuk sekurang-kurangnya setengah tahun daripada sekarang untuk melengkapkan diri supaya ilmu penuh di dada.
Semua ranjau, onak dan duri akan aku tempuhi namun harus aku mengerti yang menentukan perjalanan hidup kita ditentukan oleh qada' dan qadar.
Walauapapun ini hanya ujian duniawi !!!
Kepada semua rakan-rakan selamat mengulang kaji, selamat menempuhi RAE dan selamat bersayap.
"Aku Ibarat Jentayu, Patah Sayap Bertongkat Dagu"
JUNHAIRI ALYASA
PR-ESS
FULL VERSION SAJAK JENTAYU OLEH USMAN AWANG
Jentayu
Di paruhmu kemilauan sinar
Menyepuhi sejuta rasa
Kemulian di hatimu
Bening budi terdampar di jagat raya
Di sayap taufan kau jelajahi
Awan gemawan membawa rindu
Kasihmu menentangi kezaliman
Ketidakadilan
Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
MENGENAI GEERT WILDERS SI ANJING BELANDA SILA BACA DI http://en.wikipedia.org/wiki/Geert_Wilders#Biography

Comments