Cuit Sikit
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
MENGENAI GEERT WILDERS SI ANJING BELANDA SILA BACA DI http://en.wikipedia.org/wiki/Geert_Wilders#Biography
Oleh KALAM NURANI
Kalam rimas dengan situasi yang melanda negara sekarang, setelah lima minggu pilihan raya umum berakhir tanda-tanda untuk keadaan kembali tenang masih belum ada.
Macam-macam hal timbul sehingga timbul persoalan bila individu-individu penting negara akan mula berkerja menangani isu kenaikan harga barang yang semakin menyesakkan.
Tidak habis-habis juga parti-parti politik terlibat bercakap tentang kaum masing-masing. Persoalannya bukankah kita negara majmuk yang mementingkan perpaduan.
Tetapi kenapa sekarang semua orang bercakap tentang perkauman, terutama orang Melayu. Kalam juga orang Melayu tetapi Kalam hidup di dalam zaman doktrin perpaduan yang telah menebal di dalam pemikiran.
Benar ini tanah tumpah air kita dan sekiranya berlaku apa-apa hanya bumi bertuah ini yang kita ada tidak seperti kaum lain yang boleh kembali ke tempat asal mereka.
Namun sejak 50 tahun lalu, tidakkah kita semua sedar, kaum lain itu sudah jadi sebahagian daripada kita !
Sedarkah kita juga, kemajuan yang kita capai selama ini adalah hasil usaha bersama. Lalu kemewahan yang kita perolehi sekarang juga adalah daripada hasil usaha kaum lain.
Bolehkan kita menafikan sumbangan kaum lain ? Tentu sekali tidak dan pada akhirnya jika kita ingin perpaduan mutlak kita tidak boleh lagi memperkatakan tentang hak sesuatu kaum sahaja.
Baik DAP, MCA, MIC, UMNO, PKR dan PAS semua sudah tidak boleh lagi bertindak mengikut kepentingan kaum masing-masing.
Hentikanlah bercakap tentang kaum, bercakaplah sebagai sebuah negara. Apa yang parti politik lakukan sekarang amat berbahaya dan merosakkan negara yang kita cintai ini.
Mungkin kenyataan yang Kalam keluarkan ini tidak dapat diterima oleh semua orang, namun gunakanlah akal untuk berfikir, jika kita berterusan begini, Kalam tidak yakin perpaduan mutlak dapat dicapai selama-lamanya dan yang ada cuma perasaan curiga diantara satu sama lain yang tiada kesudahannya.
Semuanya berpunca daripada sikap parti politik sendiri, merekalah yang kini cuba menghancurkan negara yang kita sayangi.
Disebabkan itu ada cadangan daripada sebuah parti politik supaya Barisan Nasional menjadi parti pelbagai kaum, yang pada perkiraan Kalam ia adalah sesuatu yang cukup baik untuk memastikan perpaduan dalam negara terus tercapai.

Comments