Al-Fatihah


Rustam A Sani ke rahmatullah - MALAYSIAKINI
Apr 23, 08 9:49am

Penulis kolum terkenal, cendekiawan Melayu dan juga bekas pemimpin politik kanan Parti Rakyat Malaysia (PRM) Rustam A Sani meninggal dunia di rumahnya di Gombak awal pagi ini. Allahyarham, anak kepada pengasas parti itu dan bekas ahli parlimen Ahmad Boestaman, meninggalkan isteri dan dua anak, lelaki dan perempuan, di usia 64 tahun. Rustam, yang memblog di Suara Rakyat dan Karya Semasa, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), kumpulan pemikir terkenal negara ini.Selain menghasilkan buku dan membentangkan fikirannya di pelbagai pertemuan akademik dan bukan ilmiah, beliau giat menulis rencana dan kolum dalam bahasa Inggeris dan Melayu di akhbar-akhbar harian tempatan. Kolumnya di Utusan Malaysia sebelum krisis politik 10 tahun lalu - peristiwa pemecatan dan pemenjaraan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim - dikumpulkan dalam buku Menjelang Reformasi.Rustam, seorang yang mudah didekati dan mesra, dilahirkan dan mendapat pendidikan awal di Tanjong Malim, Perak sebelum menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dan akhirnya ke Universiti Yale.Ahli sains sosial dan pemikir penuh warna-warni ini diberikan amanah sebagai naib presiden PRM sebelum ia bergabung dengan Parti Keadilan Nasional dan melahirkan PKR.

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

MENGENAI GEERT WILDERS SI ANJING BELANDA SILA BACA DI http://en.wikipedia.org/wiki/Geert_Wilders#Biography

Comments

Popular Posts