Geert Wilders BABI!

HINA ISLAM: Foto skrin komputer menunjukkan filem anti-Islam ‘Fitna’ di laman web www.liveleak.com yang dikutuk masyarakat Islam. Web itu kemudian membuang video berkenaan daripada lamannya.

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]


SUMBER : BH


Majoriti anggota UNHRC lulus ketetapan kutuk pihak peralat media Barat


GENEVA: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) meluluskan satu ketetapan mengutuk tindakan segelintir pihak memperalatkan media bagi menghina Islam.

Ketetapan itu disokong 21 daripada 47 negara anggota manakala 14 negara berkecuali dan 10 lain membantah. Agensi PBB itu dikuasai negara Arab dan Muslim yang memberi sokongan penuh di atas ketetapan itu manakala negara lain seperti Eropah dan Kanada, membantahnya.

"Majlis ini mengecam penggunaan media yang dijadikan alat mencetuskan keganasan, rasa takut dan benci serta kekejaman lain ke atas Islam," kata kenyataan itu. Dokumen berkenaan dikemukakan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bimbang terhadap sebarang tindakan mengaitkan Islam dengan keganasan, kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia. Ketetapan itu menggesa anggota Majlis berkenaan supaya menerima pakai undang-undang yang melindungi hak keagamaan bagi menentang sebarang penghinaan.

"Kami juga menggesa negara anggota mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak penularan persepsi negatif atau penyebaran bahan yang boleh mencetuskan jenayah benci. Satu kajian Britain baru-baru ini pula menuduh industri media dan perfileman membangkitkan sentimen Islamophobia dan prejudis dengan memburuk-burukkan Muslim dan warga Arab sebagai kejam, bahaya dan satu ancaman kepada orang lain.

Pelbagai pihak termasuk ahli akademik terkenal Amerika Syarikat, Stephen Schwartz juga mengutuk media barat kerana gagal menepati laporan ke atas Islam yang adil selepas kejadian 11 September 2001.

Presiden pergerakan Yahudi terbesar Amerika, Eric Yoffie juga menuduh media dan ahli politik Amerika sengaja memaparkan Muslim sebagai kejam. Pendirian UNHRC dibuat di tengah-tengah kontroversi penyiaran filem pendek Belanda bertajuk Fitna yang menghina kitab suci al-Quran.

Awal bulan ini, rangkaian televisyen swasta dan awam Belanda memutuskan enggan memaparkan filem hasil arahan ahli perundangan negara itu, Geert Wilders, yang terpaksa menggunakan internet sebagai media memaparkan filemnya itu, kelmarin.

Wakil Kesatuan Eropah di UNHRC yang juga duta Slovenia, Andrej Logar berkata ketetapan itu bertujuan membangkitkan kesan buruk kempen jahat yang menghina agama dan etnik penduduk minoriti Muslim, khususnya selepas kejadian 9/11. - Agensi

Comments

Popular Posts