Ekspedisi tumpaskan 101 merah
TOSKHAN Saring memperoleh dua ekor ikan kerisi serentak dari lubuk rahsia tekong di luar pantai perairan Dungujn, Terengganu, baru-baru ini.
Dipetik dari http://joran.bharian.com.my
Oleh Zahari Jaafar DUNGUN: Sebaik saja umpan hirisan ikan dan sotong mencecah dasar, ikan merah berlumba-lumba membaham tanpa sedikit pun rasa takut. Kalau menggunakan dua mata kail, pasti dua ekor merah akan dinaikkan, demikian kata Fizzy Bilis bersungguh-sungguh menceritakan kekalutan kami ketika trip memancing di perairan Terengganu, baru-baru ini.Pada trip itu, kami seramai 10 orang bersetuju memancing bersama di sini sebagai memenuhi kalendar memancing kami.Kami meninggalkan Kuala Lumpur jam 10 malam dan tiba di sini kira-kira 3 pagi.Bot yang disewa agak besar dan selesa untuk 12 pemancing berbanding kami 10 orang yang datang. Setelah semua keperluan dipastikan dipunggah ke dalam bot, tekong pun mengemudi bot perlahan-lahan meninggalkan jeti Kuala Dungun.Urusan pertama ialah mendapatkan ikan umpan yang banyak menghuni unjam yang bertaburan di perairan sini dengan mengenal pasti tanda buluh atau pelampung. Awak-awak menjatuhkan apollo dengan mata kail yang diikat benang hijau. Ikan selayang, kembung dan selar mudah diperoleh sebagai bekalan umpan walaupun 30 kilogram (kg) sotong sudah disediakan tekong.Lubuk pertama akhirnya berada di bawah bot setelah mengharungi 10 jam perjalanan. Kami menggunakan kekili elektrik yang diikat kuat di birai bot. Tali diikat pada pemegang joran kerana dikhuatiri jatuh disentap kuat ikan bersaiz besar. Kami mula memancing kira-kira jam 9 malam. Perambut 80 paun sepanjang tiga hingga empat depa digunakan. Arus bergerak ke belakang bot. Mata kail bersaiz 3/0 hingga 5/0 digunakan untuk mencangkuk hirisan ikan dan sotong. Ketika ladung diturunkan pada kedalaman kira-kira 40 meter (berdasarkan skrin pengesan), Fizzy menerima sentapan mangsa. Sepantas kilat beliau menekan butang kekili elektrik dan pertarungan akhirnya dimenangi beliau dengan seekor ikan telinga gajah seberat 2.5kg.Tersenyum puas anak muda Panji, Kelantan ini kerana menjadi orang pertama mendapat ikan. Sebaik saja ikan beliau dinaikkan, Sayfull menerima sentapan dan menewaskan seekor kerapu seberat 2kg. Nampaknya kawasan itu lubuk kerapu kerana kami tidak menang tangan melayan kerapu bersaiz 1 hingga 3kg. Menjelang subuh, penulis menaikkan seekor kerapu mencecah 10kg. Hari kedua, tekong meneruskan perjalanan hampir dua jam lagi. Kali ini bot tidak menjatuhkan sauh kerana kami memancing sambil menghanyut di atas gugusan batu yang menjadi lubuk ikan merah. Sesi memancing sebelah siang, kami menggunakan perambut apollo dengan dua atau tiga mata kail. Apabila bot betul-betul berada di atas kumpulan ikan, tekong segera memberi arahan. Sejurus umpan mencecah dasar, tiga atau empat pemancing menerima sentapan serentak. Ternyata lubuk itu didominasi ikan merah pucat yang dinaikkan silih berganti. Majoriti ikan yang dinaikkan bersaiz 2 hingga 4kg. Nasib baik kami menggunakan kekili elektrik yang dapat mengelakkan tangan kami lenguh. Apabila bot tersasar jauh dari gugusan batu, tekong akan segera bergerak ke kedudukan asal supaya kami dapat menaikkan ikan. Memang puas kami memancing merah pucat di gugusan batu yang menjadi lubuk rahsia tekong ini.Menjelang malam hari terakhir, kami memancing tidak jauh dari pelantar minyak. Tujuannya ialah untuk melakukan jigging supaya ikan cupak dan gerepoh dinaikkan. Jig yang mempunyai keberatan 80 hingga 150 gram paling sesuai digunakan. Jig jenis `luminous' yang boleh menyerap cahaya paling sesuai. Hampir 30 ekor ikan cupak berat antara 3 hingga 5kg ditewaskan. Menjelang subuh Fizzy masih rajin memancing ketika rakan lain melelapkan mata. Beliau melakukan popping. Usaha gigih itu beliau dianugerahkan seekor gerepoh seberat 9kg yang tertipu lenggok popper yang digunakan. Trip memancing ini ternyata memberi kepuasan maksimum kepada kami kerana rekod sebelum ini berjaya dipecahkan. Kali ini, sebanyak 101 ekor merah pucat, 45 ibu kerisi dan berpuluh ekor kerapu serta cupak dibawa pulang dan dibahagi sama rata untuk hidangan keluarga dan disedekah kepada jiran. April nanti, satu lagi trip akan dibuat dengan tekong sama untuk menguji setiap lubuk yang ‘berehat’ panjang kerana kehadiran tengkujuh sekarang.

Comments