Sejak Semalam bermulah hobi baru aku iaitu menjadi seorang pengendali radio amatur, sebenarnya sejak peristiwa kemalangan di rumah aku dulu dan terjumpa sebuah walkie talkie telah menimbulkan satu minat namun aku tidak tahu apakah sebenarnya menatang tuh sebelum ini. Begitu juga ketika di universiti masa jadi 'abang' kat minggu haluan siswa, aku suka sangat usung menatang tuh.

Sehinggalah setahun yang lalu, aku terjumpa mengenai kegiatan HAM atau Radio Amatur yang sangat unik di Malaysia.

Sebenarnya yang mendorong aku ialah bila XYL (code untuk isteri) bising sebab aku dok perabih duit pi memancing, so fine. Hehehe kita pun rasa betoi jugak walaupun yang dok perabih duit tu cuma RM30 sebulan sekali (Perabih duit ka ?) Aku pun tak dak la sampai tingai anak bini semata-mata nak puaskan nafsu serakah aku nih.

Apapun sebenarnya XYL tu saja ja suka senaman mulut yang kadang kadang menjuih-juih bila tengok aku mengusung rod ke sana ke mari. (Emmm tak sapot hubby langsung).

Lama dah pendam nak join Geng Radio Amatur sehinggalah, Azeli kenalkan aku kepada 9W2XLT dan kini aku secara sah menjadi anak murid beliau yang mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam dunia radio amatur !

TARGET UTAMA - AMBIL EXAM RAE JUN INI !

Comments

Popular Posts