Kisah Bola Hitam Putih

Rahsia bola hitam putih
Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang
kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya
menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si
anak baik hati dan lemah lembut walaupuncuma tinggal bersama pengasuh je.
Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia
masih berjalan kaki.
Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke
dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal...apa tuantak segan?"
Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskalyang macam mana dan si anak cuma bagitau,
"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan
bola putih .."
Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola
itam dan putih?"
"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit,
belikan itu je."
Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya
terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model
terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah
dgn bola hitam dan bola putih.
Masa berlalu, kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu
musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak
tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya.
Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlmstor..
Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si
bapa.
Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamutak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak
bagitau kat Papa?. No problem setakat belikasut roda je...".
Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola
putih saya dah rosak..Kalau boleh papa beli lagi k..tak
payah lah beli kasut roda.
Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kanpapa?"
Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan
anaknya kasut roda, ditambah bola hitam danbola putih.
Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama
berulang.
Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade.
musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya.Trend baru....
Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan
kasut rodanya. Lepas bapanyapulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih
pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul,
rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak,keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan
zaman.
Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang
roller blade baru bersama secebis nota: "Biarkamu tak malu".
Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja
si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikanbola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya."
"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca
nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?
Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2
ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus
membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bolaputih untuk kesekian kalinya.
Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak
tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota jugaditinggalkan di ruang kerja si bapa.."trima kasih byk2 papa
kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"
Masa berlalu....Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh,
si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah
ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.Suatu hari,
ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang olehmembernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si
bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun
tidak.
Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor
untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia
membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya
dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cumainginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak
dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso
panjang, boleh berbincang.
Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan
motorsikal, ditambah pula dgnbola hitam dan bola putih semestinya!! .
Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa
tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih
tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji
bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pulatak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan
bola hitam & bola putih..
Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran
ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat
masuk Universiti, si anak dihadiahkan olehsi bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.
Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi
menaiki motoooor je.
Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada
ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee.Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis
bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Takfaham perasaan anak sendiri!
Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgnbapanya. So,selepas makan malam tersebut si awek mengambil
kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak ciktak belikan bola hitam bola putih?
Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya..bila si bapa
menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang ditanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan
sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberibola hitam & bola putih!!
Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak
bola hitam & bola putih.Nak buat apa lagii...,fikir si Papa. Tapi demi memelihara
imejnya di hadapan awekanakmya itu,maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih
buat anaknya.
Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan
yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah,anak muda kan, ketika tenang memandu si anak dicium aweknya
dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Merekasegera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum
oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera
parah kerana mereka tidak memakaiseatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si
anak tenat.
Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anaksaya?"
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik,
kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada
Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir
bersama anak encik.."
Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.
"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.."
si anak juga menangis kerana aweknya tak dapatdiselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah duamanusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini
adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak
lelakinya...
Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering
bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahuitentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam
bola putih"
"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk...sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak
berkesempatan untuk menjadi ayah yangbaik."
Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa,
saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papaada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta
bola hitam dan bola putih je kan ?"
Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah
tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM &BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA
IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"
(anda semua pun ingin tahu kan...?)
Si anak menjawab dengan nada terputus putuskerana sudah tidak dapat bertahan danmasanya sudah hampir tiba....
"sebabnya ....saya.. saya...saya...."
*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya
hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau
bapanya tentang bola hitam & bola putih.
Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak
tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la taktau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugaknih.
Isk!Isk! Isk!........ ..Rasa nak tumbuk je perut orang yang
mula-mula forward kat aku.
P/S : Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye
lah...Takkan nak jadi korban sorang-sorang je kan ...

Comments

Popular Posts