Gadis tumpas peragut
Dipetik daripada KOSMO! ONLINE
ALOR STAR – Ilmu seni mempertahankan diri yang dipelajari dimanfaatkan oleh seorang gadis untuk menewaskan seorang peragut dan mendapatkan semula beg tangannya walaupun hanya mempunyai wang RM7.
Siti Naquiah Kamaruddin, 20, tidak menyangka motosikal yang dibonceng bersama ibunya, Aishah Adam, 47, diekori peragut tersebut yang juga menunggang motosikal seorang diri di Kilometer 15, Jalan Putra di sini kelmarin.
Semasa kejadian pukul 6.30 petang itu, kedua-dua beranak tersebut dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Perlis, Perlis selepas menghadiri satu majlis kenduri di sini.
“Saya sangkut beg tangan saya pada lampu sisi motosikal, tiba-tiba ada motosikal lain himpit dan ragut beg itu.
“Motosikal saya terbabas begitu juga motosikal peragut,” jelasnya ketika datang ke pejabat KOSMO! di sini semalam.
Menceritakan semula detik cemas itu, Siti Naquiah yang dalam keadaan marah terus berlari mendapatkan peragut itu yang cuba melarikan diri.
“Masa dia (peragut) nak lari, saya sepak kaki, tendang belakang dan tarik tangan dia, jadi dia susah nak lari”.
“Lepas itu saya pijak belakang dia supaya dia susah bangun sebelum saya terus menjerit minta tolong dan kemudian barulah orang ramai datang dan terus mengikat suspek dan bawa ke balai polis,” tambahnya yang sedang menunggu Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Kata Siti Naquiah, dia ketika itu tidak mempunyai sedikit pun perasaan takut sebaliknya terlalu geram apabila diragut oleh lelaki berkenaan.
“Ibu saya semasa itu panik dan tergamam apabila menyaksikan saya berlawan dengan peragut, walaupun badan orang itu besar daripada saya tetapi ketika itu saya nampak lelaki itu kecil saja,” jelasnya.
Akibat kejadian itu, katanya, dia hanya mengalami cedera ringan di tapak tangan kanan manakala ibunya cedera di lutut kiri akibat terjatuh daripada motosikalnya.
Berikutan kejadian itu, ibunya telah membuat laporan di Balai Polis Air Hitam, Kubang Pasu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Hamenudin mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, polis sedang menyemak kemungkinan suspek pernah terlibat dalam kes ragut lain.

Comments