Aku diselubungi misteri !


KISAH YANG BENAR BERLAKU PADA 20 JANUARI YANG LALU DI TELUK KEMANG

Setelah membeli umpan untuk memancing pada sebelah malam, aku ambil kesempatan untuk meninjau terlebih dahulu lokasi untuk memancing dan tidak jauh daripada tempat kami menginap iaitu Tiara Beach Resort, aku telah terjumpa dengan satu lokasi di Jeti Nelayan, Tanjung Tuan, dan aku dapati ia sesuai untuk dijadikan tempat aku memancing.

Selesai sahaja isteri aku habis program pada pukul 11.30 malam, aku terus bersiap untuk memancing seorang diri di lokasi tersebut dan apabila sampai sahaja di sana, aku sempat bertemu dengan seorang lelaki yang sedang mengait pukat sambil meminta kebenaran untuk memancing diatas jeti tersebut.

Aku duduk di bahagian tengah jeti yang panjangnya sekitar 150 meter yang dihujungnya terletak sebuah pulau kecil yang menghubungkannya dengan daratan dan kelihatan menggerunkan.

Detik demi detik berlalu, namun aku masih gagal mendaratkan seekor ikan pun, sehinggalah jam menunjukan pukul 2.30 pagi.

Dalam kegelapan malam, tiba-tiba lampu suluh tidak bernyala, aku cuba ketuk dan betulkan baterinya tapi ia tetap tidak menyala sehingga timbul bermacam-macam perasaan dalam hati.
Pulau yang aku kira berpuaka mula mengeluarkan bunyi yang sedikit pelik seolah-olah ia berpenghuni.

Tidak lama selepas itu jeti seolah-oleh bergoyang !

Hati berderau, jiwa meracau, apa yang telah berlaku !!!

Aku sempat menoleh ke kanan dan tiba-tiba muncul susuk tubuh lembaga berambut panjang berbadan gelap. Aku renung dalam-dalam untuk memastikan adakan ia mahkluk dari alam ghaib atau manusia biasa.

Apabila lembaga itu menghampiri aku ternyata dia adalah seorang manusia dan sempat menyapa aku seketika.

Perasaan takut hilang, namun perbualan singkat itu berakhir dan apabila menoleh semula ke kanan, susuk tubuh tadi telah pun menghilang daripada pandangan mata.
Setelah apa yang berlaku maka ambil keputusan untuk pulang sahaja dan pada waktu itu tepat pada pukul 3 pagi.

Pada hari berikutnya aku kembali ke Kuala Lumpur dan memulakan pekerjaan seperti biasa dan aku sempat berbual dengan pengawal di pejabat aku dan alangkah terkejutnya aku diberitahu tidak ada sesiapa pun yang berani berada di situ pada waktu malam.
Malah sering juga kedengaran mereka yang terjatuh kedalam laut di kawasan tersebut tidak mungkin ditemui semula.

Apa yang tinggal bagi aku ialah misteri yang cukup mendalam, rupanya menjadi pemancing itu sebenarnya juga boleh menjadikan kita berani dan tabah !

KISAH BENAR BUKAN REKAAN.

Comments

Popular Posts