Puas !
Kejayaan membawa naik seekor gerepoh atau lebih popular dengan panggilan GT di Kolam Pancing Sea Lion, Perlabuhan Klang Semalam, ternyata memberikan kepuasan tidak tergingga kepada aku.
Itulah ikan pertama yang aku dapat di kolam tersebut setelah empat kali mencuba namun pulang dengan tangan kosong dan 'pelaburan' mencecah ratusan ringgit. Bagaimanapun kesengsaraan itu terubat apabila Gerepoh seberat 4.1 kilogram (kg) berjaya didaratkan pada pukul 1.30 petang setelah memancing sejak pukul 10.30 pagi.
Misi yang turut di sertai Abg Guard dan OS, merupakan penutup tirai memancing kolam bagi tahun 2007, menjadi cukup istimewa apabila ikan sebesar itu turut disenaraikan sebagai salah seorang pemenang jackpot yang akan berakhir pada 16 Disember ini.
Malah dengan harapan yang cukup tinggi, aku berharap tiada siapa yang dapat menaikan ikan yang lebih besar dari itu (Hua hua hua hua).
Hari ini tangan aku sakit-sakit sebab dengan menggunakan set ringan untuk ikan sebesar itu menyebabkan pertarungan terpaksa berlarutan sehingga 30 minit dan timbul kebimbangan tali dan joran tidak dapat menahan asakan demi asakan ikan tersebut.
Namun alhamdulilah, ia telah selamat di masak utuk dijadikan juadah bersama keluarga dan juga jiran tetangga.
SEKIAN.........

Comments