Impak besar dalam dunia Internet

Dipetik daripada laman web Harian Metro

PEMBEKAL telekomunikasi kini menyedari betapa enjin carian seperti Yahoo mampu memberikan impak besar dalam dunia Internet pada telefon bimbit dan antaranya ialah Celcom (Malaysia) Bhd (Celcom) yang menawarkan pakej telefon bimbit mengandungi 10 akaun e-mel.

Perkhidmatan ditawarkan membenarkan pengguna Celcom menikmati akses tanpa wayar untuk akaun e-mel peribadi mereka seperti Yahoo! Mail melalui telefon bimbit pintar BlackBerry.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata rangkaian meluas Celcom memberikan pengguna impak besar dalam urusan mobiliti untuk menguruskan gaya hidup mereka."Pelanggan Celcom akan mendapat mobiliti yang efisien dan efektif dalam dunia perniagaan dan kelajuan untuk mencapai kejayaan," katanya.

Katanya, antara telefon bimbit ditawarkan termasuk BlackBerry 8707v mempunyai rangkaian generasi ketiga (3G) dan Black- Berry Pearl yang menyerlahkan keunggulan gaya hidup ditambah kuasa Celcom memberikan liputan terbaik."Pakej ditawarkan amat menarik iaitu Pakej `Advance' pada kadar RM98 dan Pakej `Basic' pada kadar RM38 sebulan," katanya.

Menurutnya, pengguna yang melanggan Pakej Advance berpeluang memuat turun data tanpa had berbanding Pakej Basic iaitu satu megabait.BlackBerry 8707v dan Pearl boleh dimiliki pada harga RM2,299 serta 1,799 di 18 cawangan Celcom selain lima kedai Blue Cube di seluruh negara.

Lihatlah betapa pentingnya penggunaan Internet pada telefon bimbit dengan semua pihak semakin sedar akan kepentingan mobiliti.Selain itu, satu lagi pengeluar telefon bimbit pintar, HTC dilengkapi ciri melayari Internet melalui Internet Explorer dan menerima e-mel dari akaun Yahoo dan Hotmail selain memasuki ruang sembang dalam Messenger atau menghantar gambar menggunakan Windows Live.

Teknologi telefon bimbit semakin canggih sehingga ia mampu menjadi medium melakukan kerja harian seperti menaip, melayari Internet dan membaca e-mel. Ini didapati dalam produk terkini, HTC Touch.Gaya terkini, pintar dan bergaya menjadi ciri utama produk yang menggunakan jari untuk menyentuh antara muka dengan kepelbagaian fungsi sesuai untuk golongan eksekutif dan profesional bagi memenuhi keperluan harian.

Peranti ringan ini menggunakan teknologi TouchFLO bagi memudahkan pengguna membuat panggilan pantas dan carian cepat selaras dunia komunikasi serta mobiliti serba canggih.Kira-kira lima bulan lalu, Yahoo! Onesearch mengumumkan kebolehan menggunakan enjin carian itu di telefon bimbit.

Pengurus Besar dan Naib Presiden Connected Life Asia, Mobile And Broadband, David Ko, berkata Yahoo! mahu menghubungkan pengguna dengan sesuatu yang sangat diperlukan mereka iaitu telefon bimbit."Hasil kajian kami menunjukkan pengguna mahukan jawapan dengan pantas.

Oleh itu, kami mampu memberikannya dengan pantas melalui oneSearch terhadap apa saja berkaitan umum, hiburan dan gambar dengan pantas," katanya.Tambahnya, Yahoo! menyedari antaramuka telefon bimbit tidak sama jika dibandingkan dengan komputer peribadi (PC) namun ejen carian itu dimuatkan bersesuaian dengan setiap telefon bimbit pengguna.

"Kami menawarkan pelbagai aplikasi yang pasti memberikan kepuasan kepada pengguna ketika menggunakan perkhidmatan kami."Contohnya, jika pengguna mahu mencari maklumat mengenai Kuala Lumpur, mereka hanya perlu taip dan paparannya akan keluar bersama pilihan gambar, keadaan cuaca malah mereka hanya perlu `scroll'," katanya.

Menurutnya, Yahoo! juga mempunyai aplikasi Flickr membolehkan pengguna berkongsi gambar dengan keluarga atau rakan lain yang didapati dalam telefon bimbit mereka.Ko turut memaklumkan Yahoo! mengambil langkah keselamatannya sewajarnya menyekat masalah berkaitan Internet seperti `spam', `malware' dan `phishing' dari memasuki telefon bimbit pengguna.Yahoo! Inc mensasarkan 100 juta pengguna Internet telefon bimbit melalui perjanjian bersama dengan enam syarikat operasi telefon bimbit terkemuka di Asia itu.

Comments

Popular Posts