Tkcai

Ulasan oleh : http://ulasbuku.blogspot.com

Karya: Azizi Hj. Abdullah
Tajuk: Tukcai
Terbitan: Penerbit Fajar Bakti (1991)
Halaman: 146 mukasurat

Sayang sekali bukan mudah lagi nak jumpa buku ni melainkan di library. Tapi begitulah, kalau buku library, kelepet kat sana, keronyok kat sini. Terkini: 22 April 2007. Terima kasih kepada Web Sutera kerana memberitahu, Tukcai kini telah diterbitkan semula oleh Alaf 21.
Tukcai bagai tak percaya Nekcai sudah mati. Dipatuk ular tedung barus di buku lali takkan boleh mati, hujah beliau. Tukcai tuduh anak-anaknya sengaja membiarkan ibu mereka mati, kononnya mereka sanggup membunuh semangat perjuangan ibu sendiri.

Tukcai lalu protes, kurung diri sendiri dalam bilik, menghadap cermin hadiah pemberian isterinya. Sekurang-kurangnya di situ ia dapat seru kembali memori isterinya.

Karya yang kukira boleh dipanggil novelet ini ringkas sahaja. Ia kisah hidup seorang tua yang awalnya patah semangat dan kecewa dengan sikap anak-anak yang mula tidak hormat kepadanya. Melalui karya ini, kita boleh rasai jerih payah seorang tua yang cuma ingin mengenengahkan idea dan merealisasikannya.
Tak banyak yang Tukcai minta dari anak-anaknya; dia cuma nak kahwin lagi dan teruskan perjuangan ibu mereka. Takkan itupun anak-anaknya nak protes...
Semacam satu trademark atau apa, Azizi suka benar membawa kisah orang-orang tua dan cerita pasal nikah kahwin. Mungkin ianya bersifat universal dan realistik di dalam masyarakat kita, maka Azizi senang untuk membawanya.

Mungkin juga ini kisah benar yang pernah berlaku dan di'fiksyen'kan kembali...

Comments

Popular Posts