Semalam hasrat untuk membeli sebuah laptop tercapai, walaupun seronok sebab sudah lama idam nak gunakannya, tapi hati rasa berat sebab pakai kad kredit, aku ni sebenarnya tak gemarlah sangat berhutang banyak-banyak tapi disebabkan aku dah cancel dua kad dan kini mengadap satu je kad kredit, aku rasa tidak ada sebarang masalah untuk membayarnya.
Bila beli laptop pertama ni banyak benda yang aku tahu tentang komputer, dulu aku faham tapi sekarang lagi faham, yang penting bila beli laptop ni ialah prosesornya lepas tu memory sebab itulah yang membezakan sesebuah laptop dengan laptop yang lain.
Perkara lain ialah brand, beli laptop sebenarnya bukan perkara mudah yang boleh dipandang remeh, sebab jika sudah beli menyesal sebab tak banyak perkara yang boleh dibuat selain perlahan maksudnya tidak laju.
Perkara lain ialah brand, beli laptop sebenarnya bukan perkara mudah yang boleh dipandang remeh, sebab jika sudah beli menyesal sebab tak banyak perkara yang boleh dibuat selain perlahan maksudnya tidak laju.
Lagi satu, kalau beli yang edisi lama bila anda dah pakai setahun dah rasa macam laptop tu dah outdated sangat, jadi kena beli yang terbaru sikit menyebabkan kita kena spend duit lebih.
Ada dua kategori pembeli laptop, yang pertama untuk tujuan kerja dan kedua memang untuk main. Tapi untuk kerja yang murah-murah banyak, kalau untuk main emmm kena keluar duit sikit lah. Upgrade sana upgrade sini.
Walau apapun aku akan pastikan pembeliannya berbaloi.
Comments