Kembalikan dua siaran terakhir Bleach

Entah dimana silapnya, dua episod terakhir siri animasi daripada Jepun iaitu Bleach tiada dan yang ada cuma siaran ulangan daripada siri terdahulu. Rata-rata peminat siri animasi tersebut kecewa dengan tindakan Stesyen Televisyen Swasta, Tv3 atas kegagalan menyiarkan kembali episod terakhir Bleach.

Aduan demi aduan dibuat namun, peminat setia yang terpaksa menunggu sehingga pukul 12.30 tengah malam, hampa kerana siarannya yang telah diubah dari pukul 11.00 malam.

Diharap TV3 lebih peka dengan keadaan ini kerana peminat-peminat siri animasi tersebut ramai.

SINOPSIS

Bleach adakah kisah mengenai watak seorang pemuda Ichigo Kurosaki yang mampu ke dunia roh dan menghapuskan roh-roh jahat (Hollow) dengan bantuan Rukia seorang pahlawan daripada dunia roh yang mempunyai darjat sebagai Shinnigami, bagaimanapun disebabkan Rukia telah memberi kuasanya kepada Ichigo, beliau telah ditangkap oleh Persatuan Roh (Soul Society) dan menerima hukuman bunuh.

Untuk menyelamatkan Rukia, Ichigo telah dilatih oleh seorang Shinnigami dan misinya turut disertai oleh beberapa manusia yang mempunyai kebolehan untuk ke dunia roh.

Sepanjang berada di dunia Soul Society, kemampuan dan kehebatan Ichigo semakin meningkat dan berupaya melawan pahlawan daripada Persatuan Roh yang mempunyai kuasa mengikut peringkat tertentu.

Diakhir episod ketika Rukia di bawa ke tali gantung, ceritanya diulang tayang.

PEMINAT KECEWA

Comments

Popular Posts