Jamal sudah banyak diberi peluang.

Penyanyi terkenal tanahair, Jamal Abdillah, sekali lagi muncul dalam satu rancangan terbitan RTM, menceritakan kisah hidupnya yang bergelumang dengan najis dadah, turut hadir Presiden Pengasih, Mohd Yunus Pahti yang kini mempunyai tanggungjawab besar untuk memulihkan penyanyi tersebut.

Menerusi rancangan tersebut seringkali Jamal, menyatakan agar dirinya diberi pulang untuk pulih dan dibantu.

Namun beliau harus sedar, sebenarnya sudah banyak bantuan dan sokongan diberikan kepada beliau sehingga beliau masih kekal sebagai salah seorang penghibur terbaik hingga ke hari ini.

Ramai peminat menaruh harapan yang tinggi kepada Jamal untuk pulih semula.

Malah ada yang berpendapat jika ditakdir Jamal tidak pernah mengambil bahan terlarang itu, kemungkinan beliau mendapat gelaran Datuk, diatas perjuangannya dalam seni suara tanahair. Ini tidak mustahil kerana Siti Nurhaliza yang jauh lebih muda daripada Jamal berjaya mendapatkan gelaran tersebut.

KALAM NURANI

Comments

Popular Posts