selamat Berpuasa


Semalam kami sekeluarga ke Mantin atas urusan keluarga, seronok juga sebab boleh jumpa ramai ahli keluarga yang lain tapi yang paling seronok sekali anak aku si Aiman, bila dah jumpa sepupu dia, kita yang jadi letih.

Lepas berbuka kami balik ke rumah, letih lah jugak, tapi si Aiman ni masih cergas lagi, tapi akhirnya bila dia tidur siap mengigau sambil menangis tengah malam buta, dek kerana melayan kerenah dia, kami terbabas sahur, so hari ni pulak aku kerja, apa lagi dok kira jam la nak balik awal.

Aku buka blog nih, semata-mata nak habiskan masa sebelum pukul enam. wahooooooooooo.

Dalam kepala otak aku

1. Sambal daging dengan kentang dan kacang pis.
2. Puding yang di ambil daripada rumah abang ipar aku, sedap wei.

Laparnyaaa.........(aku nak balik dah nih)

Comments

Popular Posts