TERKINI !
19 Penumpang Maut, Tujuh Parah Apabila Bas Ekspres Terbabas Dan Terbalik
TAIPING, 13 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 19 penumpang maut manakala tujuh lagi parah apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terbalik di Km 229, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gantang, dekat sini pada pukul 4.45 pagi ini, satu daripada nahas jalan raya paling buruk dalam sejarah negara.Jurucakap polis berkata kemalangan berlaku ketika bas "Super" dari Johor Baharu itu sedang menghala ke Alor Star."Mereka yang terbunuh terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh perempuan," katanya kepada Bernama di sini.Menurutnya mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Taiping yang terletak kira-kira 20km dari tempat kejadian.Beliau berkata kejadian berlaku ketika bas itu sedang menuruni bukit dan tiba-tiba melanggar penghadang jalan sejauh 20 meter sebelum terbalik dan terperosok ke dalam parit sedalam lima meter.Jurucakap polis itu berkata kebanyakan penumpang maut berikutan bas ekspres itu remuk dan bumbungnya tercabut, mengakibatkan ada penumpang tercampak dan sebahagiannya tersepit di dalam bas itu.Anggota Bomba dan Penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu berjaya mengeluarkan sebahagian penumpang yang cedera dan memberikan rawatan kecemasan sebelum menghantar mereka ke hospital.Bomba juga terpaksa menggunakan kren bagi mengangkat bas itu yang dalam keadaan senget untuk mengeluarkan mayat penumpang yang tersepit.Difahamkan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy kini dalam perjalanan untuk melawat mangsa dan meninjau tempat kejadian.-- BERNAMA

Comments