FAKTA KLCC

Terdapat 300 buah premis perniagaan di KLCC, namun hanya terdapat 12 orang melayu sahaja yang berniaga di situ.

Bagaimanapun kesemua mereka telah di halau sedikit demi sedikit dan antara kisah yang mengalami nasib yang serupa dengan Kelantan Delight ialah sebuah kedai franchais levis dan dockers.

Keuntungan yang diperolehi ialah sebanyak RM5 juta selama dua tahun berturut-turut, malah mereka membayar sewa sebanyak RM500 ribu setahun, sedangkan bayaran sewa sebenarnya sebanyak RM450 ribu sahaja.

Ini menunjukkan perniagaan mereka maju dan menjadi penyewa yang setia sejak KLLC mula dibuka kepada umum hampir 10 tahun lalu.

Sudah puas tuan punya premis berjumpa dengan pelbagai pihak seperti pengurusan KLCC, Orang besar Petronas, Orang besar MECD dan dengar cerita sudah sampai ke Orang besar negara, tetapi semuanya sia-sia belaka.

NOTA: KLCC adalah lambang kemajuan dan kehebatan Malaysia dan di menjadi kebangaan kita, tetapi apa yang berlaku sekarang ?

Bolehkah kita berbangga dengan KLCC lagi ? Di mana maruah kita ? adakah kita dijajah semula ?

Comments

Popular Posts