RENCANA - Sejauh Mana Selamatnya Produk Pengguna?
Sejauh Mana Selamatnya Produk Pengguna?
Oleh Melati Mohd Ariff
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Sebagai orang kebanyakan, kita menggunakan beratus-ratus jenis produk sama ada diambil untuk dimakan, diminum atau untuk aplikasi lain.
Kita juga sering mengandaikan bahawa produk-produk tersebut tidak akan mendatangkan sebarang bahaya kepada kita tetapi kadangkala telahan kita itu salah.
Menurut Pengarah, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users), Ratna Devi Nadarajan, terdapat insiden di mana pengguna jatuh sakit atau cedera apabila mengambil atau menggunakan produk-produk tertentu.
"Terdapat laporan di United Kingdom bahawa seorang wanita yang bekerja menggunakan 20 bahan yang berbeza dalam masa sehari dan menyerap lebih dari 2 kg kimia menerusi kulit, hidung dan mulut.
"Dari segi makanan yang kita makan, bukan itu sahaja yang masuk ke dalam tubuh kita tetapi segala macam campuran bahan tambahan pun masuk juga. Pakaian yang kita sarungkan ke tubuh kita juga melalui pelbagai proses serta dicelup.
Kereta yang kita pandu turut menghasilkan asap merbahaya yang secara tidak kita sedari akan kita sedut," katanya kepada Bernama.Menurut beliau lagi, bertan-tan bahan pencuci dan bahan-bahan lain mengalir masuk ke dalam sumber air dan mungkin juga menjadi sebahagian daripada makanan yang kita makan menerusi produk akuatik.
"Racun perosak diguna untuk meningkatkan hasil tuaian bagi sayur-sayuran, buah-buahan dan juga tanaman kontan. Racun perosak juga mungkin mencemari sumber air dan akhirnya tiba di meja makan kita menerusi sumber makanan akuatik," jelasnya.
APA ITU KESELAMATAN PRODUK
Produk dikeluarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Di samping memudahkan kehidupan, produk-produk tersebut juga memberi status kepada kehidupan mereka.Bagaimanapun, produk yang sama boleh juga mengancam keselamatan dan kesihatan akibat daripada reka bentuk, isi kandungan dan cara produk tersebut diguna atau disalahguna.
Menurut Ratna Devi, sejauh mana sesuatu produk itu mengancam keselamatan dan kesihatan pengguna bergantung kepada ciri bahaya yang terdapat pada produk berkenaan serta kemungkinan bahaya itu mendatangkan kecelakaan kepada penggunanya di bawah keadaan yang biasa dan luar biasa.
Dengan memberi contoh bahan bakar dalam kenderaan, beliau menambah bahan bakar merupakan bahan yang berbahaya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.
"Kemungkinan bahan bakar ini akan tumpah, diminum atau terkena kepada pengguna kenderaan dan mendatangkan musibat kepada pengguna dalam keadaan yang biasa adalah amat kecil. Untuk itu, dalam keadaan biasa kenderaan itu secara relatifnya adalah selamat selagi bahan bakar, tangki minyak dan alat-alat lain dalam sistem pembakaran dikilang menurut piawaian yang ditetapkan.
"Masalah keselamatan dan kesihatan yang teruk sudah tentu akan timbul jika sengaja menyentuh atau meminum bahan bakar itu. Itu pun kerana penggunaan yang luar biasa atau jika kenderaan tersebut terlibat dalam kemalangan. Keadaan yang sama juga untuk ubat sapu bagi penggunaan luaran di mana ia akan hanya mendatangkan bahaya jika dimakan," jelasnya panjang lebar.
Oleh yang demikian, kata Ratna Devi, keselamatan produk boleh memberi makna iaitu sesuatu produk apabila digunakan di bawah keadaan biasa tidak mendatangkan bahaya atau hanya bahaya kecil, sekiranya produk tersebut digunakan seperti yang sepatutnya.Keselamatan produk, tegasnya perlu juga mengambil kira kategori pengguna yang berisiko apabila menggunakan produk berkenaan terutamanya kanak-kanak, orang-orang kurang upaya dan orang-orang tua.
ISU DAN CABARAN
Ratna Devi bagaimanapun berkata setakat ini sukar untuk melihat sejauh mana parahnya isu keselamatan produk. Ini katanya kerana mereka yang terbabit dalam bidang perubatan dan industri tidak didesak untuk melaporkan insiden atau kemalangan yang ada kaitan dengan keselamatan berpunca daripada produk, kepada pihak berkuasa berkenaan.
"Bagaimanapun bagi kebanyakan produk tidak ada undang-undang mahu pun cara yang mudah untuk memaklumkan insiden atau kemalangan kepada pihak berkuasa berkenaan," dakwanya.Beliau juga memberitahu banyak produk tidak dikawal terutamanya untuk kumpulan kanak-kanak dan orang-orang tua.
"Sebagai contoh, barang-barang mainan di Malaysia tidak dikawal sedangkan negara seperti Albania yang masih lagi ketinggalan di belakang Malaysia dari segi pembangunan ekonomi sudah mengawal import barang-barang mainan ke negara tersebut.
"Terdapat produk-produk lain seperti kereta sorong dan buaian untuk bayi dan kanak-kanak yang tidak dikawal dari segi keselamatan. Pewangi seperti penyegar udara dan 'doop stick'(kayu berbau harum) juga tidak dikawal meskipun produk-produk itu menggunakan kimia buatan manusia," keluhnya.
Beliau menyentuh tentang penggunaan alat penapis air yang semakin menjadi bahagian penting di kebanyakan rumah.
"Siapa yang mengawal bagi memastikan alat penapis air ini memenuhi keperluan keselamatan? Tanpa penyelenggaraan yang sesuai penghimpunan selut dan kotoran di atas penapis (mempunyai kandungan bakteria yang tinggi) mungkin akan masuk ke dalam air yang kita minum dan mungkin boleh menyebabkan keracunan.
"Pengguna juga sering terpengaruh dengan jaminan kesihatan yang lebih baik jika mereka membeli alat penapis air ini," tambahnya.Satu lagi perkara yang menjadi perhatian berat Standards Users, kata Ratna Devi ialah pengguna tidak disediakan saluran untuk membuat pertanyaan mengenai produk.Menurut beliau, terdapat banyak agensi yang mengawal pelbagai jenis produk.
"Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (agensi di bawah Kementerian Kesihatan) mengawal produk makanan mengikut Akta Makanan 1983 dan Kawalan Makanan 1985 sementara Badan Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mengawal produk kosmetik, ubat-ubatan dan farmaseutikal. Kawalan produk elektrik adalah di bawah Suruhanjaya Tenaga (di bawah Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi). Kawalan racun perosak pula di bawah Lembaga Racun Perosak," jelasnya.
BEBERAPA CADANGAN DARIPADA STANDARDS USERS
Sehubungan dengan itu, Standards Users mencadangkan pihak berkuasa mewujudkan sebuah agensi berpusat bagi mengendalikan semua bentuk aduan keselamatan produk atau pun semua bentuk aduan pengguna.
"Badan seperti Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) yang telah mengendalikan kira-kira 19,000 aduan pada 2006 dan kira-kira 10,000 aduan sehingga Jun 2007 boleh diberi sokongan untuk melakukan tugas tersebut," kata Ratna Devi.
Standards Users turut mencadangkan satu mekanisme melaporkan kemalangan/insiden/kecederaan diwujudkan. Jelasnya, langkah tersebut penting dalam pengumpulan data bagi memantau keselamatan produk dan tujuan pentadbiran.
Ratna Devi berpendapat industri perlu disediakan dengan maklumat yang mencukupi serta sokongan perlaksanaan bagi mematuhi piawaian keselamatan sama ada secara sukarela atau mandatori.
"Rundingan percuma untuk Perusahaan Kecil Sederhana dan Industri Kecil Sederhana, latihan dan latihan semula secara berkala akan membantu membina kemampuan bagi menjamin pengilangan dan pengedaran produk yang selamat," tambahnya.Menurut beliau, pengguna juga perlu proaktif dalam mengendalikan isu keselamatan produk.Pengguna, tambahnya, harus meluangkan masa untuk membaca label produk dan gemar mengambil tahu sebelum membeli produk yang dipercayai mempunyai isu keselamatan.
"Lebih penting lagi, jangan mengambil mudah tentang isu keselamatan dan buatlah aduan sebanyak kali yang mungkin sehingga kita mendapat jawapan yang memuaskan," katanya.Standards Users, ditubuhkan pada September 2004 dengan sokongan dan bantuan Jabatan Standards Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) merupakan pertubuhan bukan kerajaan dan ahli gabungan Persekutuan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA).
-- BERNAMA

Comments