Pulau Indah - Laguna Park

Setakat ini sudah masuk kali ke empat aku jejak kaki di Laguna Park, Pulau Indah, masih jadi 'bangau' dan belum memecah kebuntuan sejak dua tiga bulan kebelakangan ini jarang daratkan ikan.

Memancing biasalah semuanya bergantung kepada rezeki kadang nasib tetapi kemahiran pun kena ada, kalau tidak ada salah satu kombinasi pun tak boleh.

Memancing kolam pun rasa serik sebabnya macam buang duit saja. Itulah sebabnya bawa diri ke Pulau Indah walau jauh tapi percuma, lantaklah nak memancing lama mana pun tidak ada orang yang nak larang.

Teringat masa di Sungai Petani, susah nak dapat perasaan macam dulu lagi, kalau turun Pantai Merdeka atau Tanjung Dawai, Insya Allah mesti ada dan tidak akan balik tangan kosong.

Bagaimanapun, kalau ada peluang dan wang tetap turun cari rezeki.

NOTA: Gambar akan menyusul.

Comments

Popular Posts