Penambahbaikan sektor awam

Laporan akhbar The Star hari ini memuatkan tentang kesediaan pihak kerajaan untuk mendengar cadangan daripada rakyat untuk memperbaiki sektor awam yang dikatakan mempunyai banyak kelemahan.

" You can e-mail your suggestions to improve@mampu.gov.my from now until Monday.

The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (Mampu), under the Prime Minister’s Department, will compile your feedback and submit it to the department."

PANDANGAN

Perkara yang paling utama ialah memastikan individu yang telah terpilih untuk menyertai sektor awam itu sendiri, walaupun amalan ini dikatakan biasa dan menjadi satu kebiasaan bagi sektor swasta di negara ini serta mana-mana negara dalam dunia, namun ia tidak sewenang-wenangnya dilakukan di sektor awam kerana ia dibiayai oleh wang rakyat melalui kutipan cukai.

Secara umumnya perlu ada keadilan dalam sistem pemilihan kakitangan dan menolak kronimsme untuk mengambil pekerja dalam sektor awam.

Disebabkan amalan itu mula menjadi kebiasaan didalam pengambilan kakitangan awam didapati berlalunya pegawai yang tidak mempunyai ilmu, kecekapan dan kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu bidang.

Akibatnya seluruh sistem dalam kerajaan menjadi tempang dan yang paling hangat diperkatan kini ialah mengenai kegagalan dalam sistem penyampaian.

SEKIAN.

Comments

Popular Posts