PAS sukar untuk tawan hati rakyat

Hidup segan mati tak mahu mungkin itu ungkapan sesuai untuk Parti Islam Semalaysia (PAS) ini berikutan kegagalan terkini parti itu untuk mengegarkan negara.

Tindakan boikot Batu Talam merupakan satu agenda yang telah menemui kegagalan apabila calon BN telah berjaya menewaskan calon bebas dan peratusan yang turun mengundi turut meningkat.

Mungkin PAS boleh katakan apa sahaja selepas ini antaranya pengundi hantu atau taktik kotor oleh BN yang menjadi punca kepada kegagalan tindakan boikot.

Dalam politik apa sahaja boleh berlaku dan itu tidak dinafikan kerana semua parti politik dalam dunia mengamalkan pelbagai startegi untuk menang.

Jika guna kaedah yang 'lurus bendul' sukar untuk sesebuah parti politik berjaya kecuali dengan ada sokongan tidak berbelah bagi oleh rakyat.

Berbalik kepada kegagalan tersebut, PAS gagal untuk menawan hati rakyat dalam apa jua yang ingin dilakukan kerana hanya menarik minat segelitir orang yang boleh berfikir secara kritis atau berbeza daripada orang lain.

Tidakkah mereka tahu tentang itu lalu kenapa tidak sedikit pun ada usaha drastik atau perubahan total kepada pendirian PAS terhadap pandangan rakyat ke atas mereka.

Slogan membangun bersama Islam tidak dapat menarik minat rakyat kerana nilai-nilai agama yang kian terhakis daripada dalam diri masyarakat akibat daripada asakan-asakan nilai yang tidak sepatutnya kedalam minda masyarakat.

PAS perlu berhenti sahaja daripada menjadi parti politik dan lebih fokus sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana gagalnya PAS dalam segala aspek yang mencakupi kehidupan rakyat di negara ini.

Walau parti itu dilihat antara parti yang mempunyai sokongan yang kuat untuk segelintir rakyat namun mereka gagal untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Sebagai contoh lihat sahaja kumpulan Al-Arqam yang berjaya membina empayar ekonomi dan memberikan kesenangan kepada seluruh ahlinya sehingga gerakan tersebut semakin membesar dan merisaukan pemerintah (namun mereka tersungkur kerana terlalu taksub)

Kini muncul pula Rufaqa Corporation yang juga bangkit membina kekuatan walau jumlah mereka sedikit dan tidak boleh menandingi keupayaan yang dimiliki PAS.

Namun yang hairannya, kenapa PAS tidak boleh menjadi seperti mereka, jika PAS berjaya memakmurkan rakyat, mungkin isu pengundi hantu, salah guna kuasa atau apa sahaja yang PAS bebelkan selama ini tidak akan berlaku.

Semua perlu ada strategi, di zaman Rasulullah juga terdapat pelbagai startegi peperangan yang digunakan untuk berjaya.

Sekian.

Comments

Popular Posts