Dah jadi seperti barat !

10 Remaja Mati Terpijak Di Konsert Band Ungu Di Pekalongan

JAKARTA, 20 Dis (Bernama) -- Sepuluh remaja meninggal dunia akibat terpijak ketika berasak-asakan selepas menyaksikan konsert band popular tempatan "Ungu" di Pekalongan, Semarang.Remaja berumur antara 15 dan 20 tahun itu terpijak oleh ribuan penonton yang bertolak-tolak untuk keluar dari Stadium Manggala Krida, yang hanya mempunyai dua pintu keluar masuk yang kecil."Mereka yang mati dibawa ke sini pukul 11 malam tadi," kata seorang petugas hospital Islam Pekajenan di Pekalongan seperti dipetik akhbar online detikcom Rabu.Remaja yang mati itu mengalami lebam kebiruan di muka dan badan kerana kekurangan oksigen ketika berdesakan dan terhimpit, terjatuh dan terpijak oleh ribuan penonton yang ingin keluar dari stadium itu setelah konsert tamat pada 10.30 malam.Ramai lagi dilaporkan cedera dalam kejadian itu di stadium yang mampu menampung kira-kira 6,000 orang tetapi dipadati lebih 10,000 penonton.-- BERNAMA

Comments

Popular Posts